Masyarakat
berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan
harmoni.Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat,negara akan menjadi hur-hara
dan tidak stabil.Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi,politik dan sosial akan
terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan
dalam kalangan pelbagai pihak.Hakikatnya,beberapa langkah proaktif boleh
diambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah
wujud dalam kalangan masyarakat.Antaranya,rakyat
Malaysia sering meraikan hari perayaan bersama-sama.Sebagai contoh semua kaum
bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Sudah
menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, kita perlu hidup saling bergantungan
antara satu sama . Asas yang perlu ada dalam diri setiap individu adalah sikap
ingin bertanya dan menambah ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah 'malu bertanya
sesat jalan'.Walaupun kita yakin pada diri sendiri dalam melakukan sesuatu,
tidak mungin perkara tersebut dapat dilakukan dengan jayanya tanpa bantuan
daripada pihak lain. Contoh, kita merancang untuk mengadakan sebuah
program baktisiswa. Sebagai pengarah
program atau ketua, kita perlu menubuhkan jawatankuasa untuk mengendalikan
program tersebut. Kejayaan program ini akan dikecapi apabila kita mendapat
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung.Nilai murni 'kerjasama' dapat didefinisikan sebagai usaha yang
dilakukan bersama-sama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak.
Kita lebih mudah untuk bekerjasama dengan pihak luar apabila mempunyai
kemahiran bahasa yang baik. Seseorang yang pandai dan bijak berkata-kata mampu
menjalinkan kerjasama yang erat dengan semua pihak. Penggunaan bahasa yang
lembut dan kata-kata yang indah mampu meyakinkan pihak luar untuk bekerjasama
dengan kita. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan bahasa penting dalam
menjalinkan kerjasama dengan pihak lain. Penggunaan bahasa merupakan salah satu
aspek yang penting dalam komunikasi. Apabila kita ingin menarik minat orang
lain, kata-kata yang dituturkan perlulah mengikut tahap pendidikan atau latar
belakang orang yang kita ingin berinteraksi. Maka, kerjasama yang ingin kita
jalankan dapat berjalan dengan baik dan lancar. Perkara utama yang kita perlu
titik beratkan adalah jangan membezakan orang yang ingin kita lakukan kerjasama
berdasarkan bangsa dan agamanya. Kita perlu ada semangat perpaduan dan
menjalinkan kerjasama dengan semua kaum yang ada di Malaysia. Sekadar selingan
untuk pembaca : ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ - sesuatu pekerjaan
yang dilakukan bersama-sama.
Selain itu,aktiviti bergotong-royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal.Hasilnya kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringkan bebanan yang dipikul oleh setiap anggota masyarakat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletegood
ReplyDeletefuckin
ReplyDeleteBagus
ReplyDelete