Salah satu kepentingan amalan ini dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut.Bukan itu sahaja,amalan ini mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan.
Konsep
1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak
prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan
adalah pe-rasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum.
Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah
mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum
perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada
masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan
pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu
padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu
matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud
perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah
Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa
untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara
berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era
globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja
maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan
dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu
mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan
kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.